Tuesday, 1 January 2013

Resepi Sambal Belimbing Hitam

Selamat menyambut tahun baru 2013 diucapkan kepada semua pembaca blog ini. Diharap tahun ini akan lebih baik berbanding tahun sebelumnya. In shaa Allah..

Untuk posting kali ini, saya nak kongsi resepi sambal belimbing hitam. Banyak cara nak buat sambal ini. One of them adalah cara kami membuat sambal belimbing ini. Jom baca.. :)

Untuk penyediaan bahan, disenaraikan di bawah;

1. Ikan bilis yang siap di siang
2. Bawang merah siap dikupas
3. Cili padi dibuang tangkai
4. Belimbing buluh yang siap direbus
5. Minyak masak

Nota kecik*:
1. Bahan yang penting kat sini ialah belimbing buluh. Belimbing buluh tu hendaklah direbus selama beberapa jam. Kebiasaannya dalam 6 ke 8 jam. Rebus sehingga jadi warna hitam. Sewaktu merebus, hendaklah dibuang airnya yang masam tu. 

Cara-cara pembuatan;

1. Setelah di kupas, di siang, dan di buang tangkai, kesemua bahan (ikan bilis, bawang merah, cili padi dan belimbing buluh) tadi hendaklah di tumbuk pakai lesung batu. Nak pakai blender pun boleh, ikut kesesuaian masing-masing.
2. Kemudian, panaskan minyak.
3. Sementara menunggu minyak panas, gaulkan semua bahan tersebut dengan sebati. 
4. Masukkan semua bahan tadi ke dalam kuali.
5. Gaul sehingga menjadi kehitaman.
6. Siap.

Mudah? Teorinya nampak mudah. Tapi bila dah buat agak leceh juga sebab nak sediakan bahan-bahan tu yang ambil masa lama. Huhu..Untuk resepi ini, saya tak sediakan sukatan sebab saya cuma nak gambarkan pada semua cara-cara membuatnya. Untuk lebih mengetahui sukatan-sukatannya, boleh rujuk blog lain seperti;


dan banyak lagi blog yang ajar cara-cara membuat sambal ini. Jadi, kepada sesiapa yang mahu mencuba buat sambal ini, boleh lah belajar dari blog-blog mereka. Kepada sesiapa yang nak merasai sambal ni tanpa perlu bersusah membuatnya, boleh lah order dari kami. :)

Sekian untuk posting kali ni. Selamat tahun baru 2013..